Wednesday, 18 December 2013

Buat kabinet dapur sendiri | Build your own kitchen cabinet

Bagaimana untuk buat kabinet dapur sendiri

Kali ni aku belanja gambar-gambar semasa proses buat kitchen cabinet sendiri..

How Build your own kitchen cabinet

Entry kali ni aku bagi ringkasan jer proses buat sendiri kitchen cabinet, takder nak detail2 step by step.. aku jenis tak rajin nak menaip. Nak detail? ahha.. tunggu la aku buat ebook. Tu pun kalau aku rajin nak menaip...

Table top yang aku pilih. Jenis melamin. Bukan solid atau granit.. Harga RM280 untuk panjang 12 kaki

Segala kayu kayan dan melamin sudah sampai

Cara memotong papan dengan lurus. Gergaji pun guna cap china jer.. tahan sampai sekarang..

Dinding tepi kabinet dapur yang sudah siap dipotong. Pakai papan plywood, lebih tahan kena air.. Kalau yang kt luar tu diorang guna melamin, tak tahan lama punya.. lagi kalau kena air..

Kerangka kabinet dapur yang sudah siap

Proses buat frame pintu 3G kabinet dapur. Guna gergaji tangan lebih mudah dan lurus.. Guna mesin agak susah & berdesing bunyi dia. Tak pasal-pasal kena komplain pulak dgn jiran sebelah nanti..  Nak potong bukannya sikit..

Proses memotong formica untuk 3G door. Teknik memotong tu kena betul kalau tak akan pecah. Formica ni memang mudah pecah.. Angkat tak betul pun boleh pecah..

Lapisan-lapisan pintu kabinet dapur 3G. Kos bahan buat pintu 3G serendah RM20 untuk sais kat atas. Kalau order kat kedai, kira kaki persegi. Lebih kurang RM70 sekaki persegi. Memang cekik darah. 

Lapisan luar, cermin, tengah, formica. Boleh ikut suka nak pakai warna apa.. Nak guna wallpaper pun boleh.. Nak lagi jimat & kreatif guna kertas suratkhabar. Baru la rare.

Tapi buat pintu 3G inilah proses paling melecehkan. bayangkan nak buat satu pintu 3G kena gergaji sebanyak 8 kali. Kalau 9 pintu? 72 kali menggergaji.. 

Kalau nak mudah, guna papan biasa dan balut palai formica dan guna frame jenis macam kat bawah ni.
Yang ni untuk handle bahagian atas. Cuma gam saja dengan papan. Papan boleh guna jenis plywood yang tebal atau pakai melamin, tapi sangat berat. yang kilang buat tu dia pakai kayu frame lepastu lapis dengan plywood nipis. Kiranga tengah-tengah dia kosong.. Tu lagi jimat. Tapi sebab kayu nak kena ketam untuk bagi rata dan lurus, maka agak susah la nak buat, ketam kt rumah takder, ketam untuk makan tu ada la.. 

Plan asal memang nak guna melamin tapi sebab terlalu berat, terpaksa tukar plan, buat pintu 3G. Lagi cantik

Ni pulak untuk bahagian tepi dia.. cuma gam jer..

Oleh kerana plan sudah tukar, tapi dah terbeli aluminium untuk pintu jenis melamin, aku guna aluminium ni untuk buat railway.. haha.. Railway untuk memotong playwood supaya potongan jadi lurus..


Kerangka kabinet dapur yang telah di lapik dengan formika.  Nampak macam mudah tapi sebenarnya anda perlu pandai mengagak dan mengira..  Yang penting, kreatif berimagninasi..

Ini dia... Kabinet dapur buatan sendiri. pasang sendiri, buat sendiri, puas hati. Tinggal nak pasang table top dan sinki Yang tengah tu yang ada lubang tu plan nak buat laci, tapi belum buat lagi frame pintu 3G nya. Letih nak gergaji aluminium frame. Tu takper, bulan lain boleh buat.

Aksersori dah pasang. Tempat letak pinggan. Sais ngam-ngam sebab dah ukur dan beli awal-awal..

Jadi, selamat membuat kabinet dapur anda sendiri... Jimat duit, luas pengalaman.. 

Jangan lupa komen sikit.. Cantik ke tak, huduh ke buruk. Takper, ni 1st time aku buat kitchen cabinet sendiri.. Korang pun boleh try jugak per..... 

Entry akan datang aku akan tunjukkan cara buat TV Wall Cabinet..

Hasil kitchen cabinet yang masih belum siap-siap..