Thursday 4 September 2014

DIY: Buat sendiri Kabinet TV- Build your own Wall TV Cabinet. Proses modifikasi

Tukar TV kabibet lama ke wall tv cabinet


Dah lama tak jenguk blog ni.. Ingatkan tak ada pengunjung pun, rupanya 10 ribu orang dah jenguk blog ni.. Kali ni aku nak tulis pasal buat sendiri wall tv cabinet. Sebenarnya bukan buat sendiri pun, cuma ubah suai tv cabinet biasa ke wall tv cabinet

Tapi tak jadi jual



Mula nak pindah ke rumah baru nak jual je kabinet ni, dah siap ambik gambar tapi tak sempat nak masuk ke susah dot my. Last2 masa dah terlalu suntuk, ingat nak buang je tapi sape nak angkat nak pegi buang, so bawak je la ke rumah baru. Lori 5 tan pun sebenarnya tak cukup nk angkut semua barang.

Kat rumah baru pun nampaknya agak menyemak dan fikir punya fikir dari beli yang baru, baik aku modified je jadi wall tv cabinet. So bermula lah projek wall tv kabinet.
Gambar dibawah ni cara nak tukar wall tv  biasa ke wall tv kabinet yang lebih cantik


 Kerja-kerja mengukur dan planning untuk modifikasi bermula.


Tetulang dan tv mounting telah dipasang dengan sempurna. Aku gunakan skru sepenuhnya, tak pakai paku. Tetulang yg tegak kat tengah tu sebenarnya sama sais denagn yang tepi, cupa dipusing 90 darjah supaya nanti bila lekat kat dinding akan ada gap bahagian tepi, so kalau nak pasang lampu kt belakang tepi2 pun jadi cantik Selain skru, aku juga gunakan L Bracket yang aku ketuk jadi rata untuk sambung tetulang menegak denga tetulang yang melintang. Contoh L Bracket ada kat bawah. Ketuk biar sampai rata

Pastikan tetulang yang menegak tu dipasang sampai ke lantai dan skru dengan tetulang meja, jangan setakat permukaan atas sahaja. Betujuan supaya panel akan kukuh walau dilanda taufan. Kat rumah ni ada makhluk tuhan yang suka buat ribut taufan, rumah kemas kejap lagi jd huru-hara.. kt bawah ni la orgnya..


 penat dah buat kerja kabinet tv ni, rehat sekejap sambil berselfie dengan hasil kerja sendiri.. Guna gogle untuk keselamatan mata anda.


Proses modifikasi kabinet tv biasa ke wall tv kabinet. Oleh kerana terlalu kusyuk buat modifikasi, kadang-kadang terlupa nak ambik gambar. Gambar dari belakang pun lupa nak ambik. Tak apa, nanti kalau nak tambah cable ke, betulkan cable kt belakang tu nanti aku ambik gambar.


 Sementara wall tv cabinet belum lekat kat dinding, pasang dulu wallpaper


Proses dan cara memasang wallpaper dengan betul. Wallpaper ni dapat free. Jadi ahli koreawallpaper dpt free segulung. Oleh kerana wallpaper tak cukup untuk tutup semua dinding, bahagian belakang yang tertutup dengan panel tv dibiarkan kosong. Nasib baik sais ngam-ngam kiri dan kanan. Masa ni pun dah ukur jugak kedudukan downlight untuk pastikan 2 lampu downlight kena pada panel tv cabinet belah kiri dan kanan.


 Wall tv kabinet telah di skru ke dinding, tebuk dinding, pasang wall plug dan gunakan L Bracket untuk ikat kedinding. Pastikan skru dengan kuat dan pastikan skru boleh dibuka semula mana tau nanti nak tambah cable astro kat belakang ni ke, tambah dreambox ke, nk tambah lampu kt sisi ke.. Proses memasang panel. Menggunakan papan plywood 8mm. Pastikan cable tv, cable internet, cable lan cable elektrik telah siap terpasang dan tersusun dibelakang. Semua modem, wifi, extention aku letak dlm laci, jadi tak serabut

Ni rupa L Bracket yang banyak jual kat kedai hardware. Pastikan pasang antara tetulang dengan dinding. Pastikan minima 2 biji pakai. Lebih lagi bagus. Kalau korang pakai TV 90 inci kena la pakai lagi banyak untuk tampung berat. Pasang dekat dengan TV Mounting sebab bahagian tv mounting tu yang berat. Buatkan lubang agak besar pada plywood dibelakang TV Mounting supaya mudah untuk anda buka dan dan cabut dari dinding kemudian hari.



 Panel wall tv perlu di tampal dengan filler pada sambungan setiap plywood dan pastikan semuanya rata. Selepas ratakan, gosok dengan kertas pasir. Pastikan tiada benjolan atau lekukan sebab nanti bila di tampal dengan sticker, akan kelihatan rata dan cantik. Aku buat panel ni sampai mencecah syiling. Gap antara dinding dengan panel tv tu boleh tambah lampu led yang panjang-panjang tu, baru cantik.


Proses menampak sticker perlu dijalankan. Aku gunakan carbon fiber sticker. Disebabkan dulu pernah beli satu gulung tapi tak pakai pun. Aku gunakan untuk tampal pada tv cabinet buatan sendiri. Meja kabinet warna putih tu pulak aku tampak dengan sticker bercorak kayu

Ini hasil tv wall cabinet buatan sendiri... Jadilah.. Puas hati dengan hasil sendiri. korang boleh la mencuba.

 Inilah dia rupa rumah kecil ku. Tak berapa cantik tapi puas hati la sebab banyak buat sendiri. Duit jimat, kemahiran bertambah, dapat keluarkan peluh, sihat. Dan macam-macam lagi

Rumah pun dah siap, plaster syiling dah pasang, lapu downlight jenis led pun dah terpasang. TV LG Smart TV 43 inci dan terpasang. Plaster ceiling tu upah orang lain buat. Aku mana reti buat snediri, tak pasal-pasal runtuh syiling nanti.

Lapu downlight tu pasang sendiri, lampu downlight jenis led 3 wat. Beli kat lelong.com,.my RM13 sebiji. Buat lubang pakai grill, guna mata grill yang sepatutnya digunakan untuk buat lubang kunci pintu. Ukuran dan kedudukan lampu tu awal-awal dah planning supaya tepat kena pada panel tv.

Planning akan datang pulak, nak pasang timber floolring. Tapi ada org kata jenis vinyl lg elok, jenis mcm tikar getah tapi tebal dan pasang satu2 sama macam timber flooring

So boleh la komen kat bawah. Nak tanya apa2 pun boleh, tapi lambat sikit balas sebab jarang tengok blog ni. Kalau trafik dah tinggi, iklan pun korang k1ik, boleh cari makan baru la rajin aku nak update blog ni. Selamat mencuba, Jimatkan Wang, Sihatkan Badan, Elakkan Pembaziran.