Wednesday, 18 December 2013

Buat kabinet dapur sendiri | Build your own kitchen cabinet

Bagaimana untuk buat kabinet dapur sendiri

Kali ni aku belanja gambar-gambar semasa proses buat kitchen cabinet sendiri..

How Build your own kitchen cabinet

Entry kali ni aku bagi ringkasan jer proses buat sendiri kitchen cabinet, takder nak detail2 step by step.. aku jenis tak rajin nak menaip. Nak detail? ahha.. tunggu la aku buat ebook. Tu pun kalau aku rajin nak menaip...

Table top yang aku pilih. Jenis melamin. Bukan solid atau granit.. Harga RM280 untuk panjang 12 kaki

Segala kayu kayan dan melamin sudah sampai

Cara memotong papan dengan lurus. Gergaji pun guna cap china jer.. tahan sampai sekarang..

Dinding tepi kabinet dapur yang sudah siap dipotong. Pakai papan plywood, lebih tahan kena air.. Kalau yang kt luar tu diorang guna melamin, tak tahan lama punya.. lagi kalau kena air..

Kerangka kabinet dapur yang sudah siap

Proses buat frame pintu 3G kabinet dapur. Guna gergaji tangan lebih mudah dan lurus.. Guna mesin agak susah & berdesing bunyi dia. Tak pasal-pasal kena komplain pulak dgn jiran sebelah nanti..  Nak potong bukannya sikit..

Proses memotong formica untuk 3G door. Teknik memotong tu kena betul kalau tak akan pecah. Formica ni memang mudah pecah.. Angkat tak betul pun boleh pecah..

Lapisan-lapisan pintu kabinet dapur 3G. Kos bahan buat pintu 3G serendah RM20 untuk sais kat atas. Kalau order kat kedai, kira kaki persegi. Lebih kurang RM70 sekaki persegi. Memang cekik darah. 

Lapisan luar, cermin, tengah, formica. Boleh ikut suka nak pakai warna apa.. Nak guna wallpaper pun boleh.. Nak lagi jimat & kreatif guna kertas suratkhabar. Baru la rare.

Tapi buat pintu 3G inilah proses paling melecehkan. bayangkan nak buat satu pintu 3G kena gergaji sebanyak 8 kali. Kalau 9 pintu? 72 kali menggergaji.. 

Kalau nak mudah, guna papan biasa dan balut palai formica dan guna frame jenis macam kat bawah ni.
Yang ni untuk handle bahagian atas. Cuma gam saja dengan papan. Papan boleh guna jenis plywood yang tebal atau pakai melamin, tapi sangat berat. yang kilang buat tu dia pakai kayu frame lepastu lapis dengan plywood nipis. Kiranga tengah-tengah dia kosong.. Tu lagi jimat. Tapi sebab kayu nak kena ketam untuk bagi rata dan lurus, maka agak susah la nak buat, ketam kt rumah takder, ketam untuk makan tu ada la.. 

Plan asal memang nak guna melamin tapi sebab terlalu berat, terpaksa tukar plan, buat pintu 3G. Lagi cantik

Ni pulak untuk bahagian tepi dia.. cuma gam jer..

Oleh kerana plan sudah tukar, tapi dah terbeli aluminium untuk pintu jenis melamin, aku guna aluminium ni untuk buat railway.. haha.. Railway untuk memotong playwood supaya potongan jadi lurus..


Kerangka kabinet dapur yang telah di lapik dengan formika.  Nampak macam mudah tapi sebenarnya anda perlu pandai mengagak dan mengira..  Yang penting, kreatif berimagninasi..

Ini dia... Kabinet dapur buatan sendiri. pasang sendiri, buat sendiri, puas hati. Tinggal nak pasang table top dan sinki Yang tengah tu yang ada lubang tu plan nak buat laci, tapi belum buat lagi frame pintu 3G nya. Letih nak gergaji aluminium frame. Tu takper, bulan lain boleh buat.

Aksersori dah pasang. Tempat letak pinggan. Sais ngam-ngam sebab dah ukur dan beli awal-awal..

Jadi, selamat membuat kabinet dapur anda sendiri... Jimat duit, luas pengalaman.. 

Jangan lupa komen sikit.. Cantik ke tak, huduh ke buruk. Takper, ni 1st time aku buat kitchen cabinet sendiri.. Korang pun boleh try jugak per..... 

Entry akan datang aku akan tunjukkan cara buat TV Wall Cabinet..

Hasil kitchen cabinet yang masih belum siap-siap..



Sunday, 15 September 2013

Planning untuk DIY rumah aku sendiri

Ni 1st post aku.. mungkin takde sape akan baca lg pun... Setahun lepas ni kut baru ada ramai yg baca..
aku baru beli rumah, jadi aku dah plan nk DIY sendiri mana yang boleh.. Sambil berjimat & boleh dapat ilmu jugak kan..

1st time tengok rumah ni, rasa mcm bertuah sebab walau rumah lelong, tapi tak pernah diduduki lagi, kabel letrik masih cantik tergantung tak terusik, cuma plug & suis dh hilang kena curi.. Yang lain tip top, tak perlu nak repair-repair dah.. Kasi cuci bersih2, pasang lampu kipas terys boleh duduk..

Setelah sekain lama duk tunggu bank bayar tunggakan maintenance, berpuluh2 kali call bank & lawyer diorang, akhirnya bayar jgk diorg. Maklumla, tunggakan dh 5 tahun dlm RM5k, tungguakan sejak rumah ni siap sampai sekarang takder orang duduk..Janji byr dlm 2 minggu, ni dah masuk 2 bulan baru nk bayar.. aduhh.. rugi aku RM1000 sbb terpaksa extend sewa rumah lama.. Nasib baik owner tak carik lg penyewa baru..

Maka, bila air dah masuk, esoknya aku terus pegi cuci sebersih2nya.. nk cuci  pun ambik smpai 2 hari, maklumla, nk komfom betul2 bersih. Lepas 2 hari terus pindah masuk, takder fikir panjang, Plan awal nak pindah masuk sebelum bulan puasa, ni sampai dh lepas raya br dpt masuk.. semua ni gara2 tunggakan maintenan lambat bayar.. sabarrr..

PROJEK DIY KITCHEN CABINET, TV CABINET & WALLPAPER


Dlm fikiran, aku nak buat sendiri kitchen cabinet.  Bila aku ckp aku nak buat sendiri kabinet dapur, bini aku mcm caya tak caya je ape yang aku plan.. betul la nk buat sendiri..So, aku start survey kedai2 aksesori perabut yg dekat2 rumah.. Bila aku estimate, kos cuma dalan RM700 utk kabinet panjang 11 kaki termasuk body, pintu & table top.. Sinki & dapur lain cerita..

Pintu ni buat sendiri jugak. Kalau nak pintu dah siap pun sekeping dah RM100 lebih yang jenis 3G. Buat sendiri tak payah pakai 3G ke 4G ke 5G ke, nanti aku tunjukkan hasil pintu buatan sendiri yang ala-ala 3G. Table top pulak yang kayu laminate tu, bukan granite ke, marble ke, solid ke tu bukan.. kalau yang tu memang mahal, kena tambahan kos RM1000.

Aku surver kedai buat kitchen cabinet anggaran pun dlm RMRM3500 untuk kitchen cabinet table top jenis solid.. berapa banyak aku boleh jimat... Kut2 lepas ni aku boleh bukak kilang kitchen kabinet pun ok jgk kan.. Berangan tak sudah.. Planning memang mudah, nak kerjakan tu yg susah.. So, lupakan lah..

Bila aku survey kedai aksesori perabut, diorg tanya nk buat sendiri ke? Iye la, kalau tak kenapa aku masuk kedai ko tanya itu ini? yg jaga kedai tu pun mcm caya tak caya je.. Ahh pedulik la, ko nk gelak ko gelak la dlm hati, janji aku nk buat sendiri.. Puas hati..

Untuk kabinet tv, tu lain kali, nak siapkan dulu kabinet dapur buatan sendiri.. Buat pun part time je, ada masa lapang buat, tak ada masa lapang tinggal dulu..

Untuk lampu, kipas, water heater & suis dah pun aku pasang & betulkan.. Kena letrik tu dh jadi kebiasaan la.. nasib baik tak kaku terus..

Status kitchen cabinet buatan sendiri masih dalam progres dan aku akan update status & gambar projek pada post akan datang..