Tukar TV kabibet lama ke wall tv cabinet
Mula nak pindah ke rumah baru nak jual je kabinet ni, dah siap ambik gambar tapi tak sempat nak masuk ke susah dot my. Last2 masa dah terlalu suntuk, ingat nak buang je tapi sape nak angkat nak pegi buang, so bawak je la ke rumah baru. Lori 5 tan pun sebenarnya tak cukup nk angkut semua barang.
Kat rumah baru pun nampaknya agak menyemak dan fikir punya fikir dari beli yang baru, baik aku modified je jadi wall tv cabinet. So bermula lah projek wall tv kabinet.
Gambar dibawah ni cara nak tukar wall tv biasa ke wall tv kabinet yang lebih cantik
Tetulang dan tv mounting telah dipasang dengan sempurna. Aku gunakan skru sepenuhnya, tak pakai paku. Tetulang yg tegak kat tengah tu sebenarnya sama sais denagn yang tepi, cupa dipusing 90 darjah supaya nanti bila lekat kat dinding akan ada gap bahagian tepi, so kalau nak pasang lampu kt belakang tepi2 pun jadi cantik Selain skru, aku juga gunakan L Bracket yang aku ketuk jadi rata untuk sambung tetulang menegak denga tetulang yang melintang. Contoh L Bracket ada kat bawah. Ketuk biar sampai rata
Pastikan tetulang yang menegak tu dipasang sampai ke lantai dan skru dengan tetulang meja, jangan setakat permukaan atas sahaja. Betujuan supaya panel akan kukuh walau dilanda taufan. Kat rumah ni ada makhluk tuhan yang suka buat ribut taufan, rumah kemas kejap lagi jd huru-hara.. kt bawah ni la orgnya..
Proses dan cara memasang wallpaper dengan betul. Wallpaper ni dapat free. Jadi ahli koreawallpaper dpt free segulung. Oleh kerana wallpaper tak cukup untuk tutup semua dinding, bahagian belakang yang tertutup dengan panel tv dibiarkan kosong. Nasib baik sais ngam-ngam kiri dan kanan. Masa ni pun dah ukur jugak kedudukan downlight untuk pastikan 2 lampu downlight kena pada panel tv cabinet belah kiri dan kanan.
Wall tv kabinet telah di skru ke dinding, tebuk dinding, pasang wall plug dan gunakan L Bracket untuk ikat kedinding. Pastikan skru dengan kuat dan pastikan skru boleh dibuka semula mana tau nanti nak tambah cable astro kat belakang ni ke, tambah dreambox ke, nk tambah lampu kt sisi ke.. Proses memasang panel. Menggunakan papan plywood 8mm. Pastikan cable tv, cable internet, cable lan cable elektrik telah siap terpasang dan tersusun dibelakang. Semua modem, wifi, extention aku letak dlm laci, jadi tak serabut
Ni rupa L Bracket yang banyak jual kat kedai hardware. Pastikan pasang antara tetulang dengan dinding. Pastikan minima 2 biji pakai. Lebih lagi bagus. Kalau korang pakai TV 90 inci kena la pakai lagi banyak untuk tampung berat. Pasang dekat dengan TV Mounting sebab bahagian tv mounting tu yang berat. Buatkan lubang agak besar pada plywood dibelakang TV Mounting supaya mudah untuk anda buka dan dan cabut dari dinding kemudian hari.
Panel wall tv perlu di tampal dengan filler pada sambungan setiap plywood dan pastikan semuanya rata. Selepas ratakan, gosok dengan kertas pasir. Pastikan tiada benjolan atau lekukan sebab nanti bila di tampal dengan sticker, akan kelihatan rata dan cantik. Aku buat panel ni sampai mencecah syiling. Gap antara dinding dengan panel tv tu boleh tambah lampu led yang panjang-panjang tu, baru cantik.
Proses menampak sticker perlu dijalankan. Aku gunakan carbon fiber sticker. Disebabkan dulu pernah beli satu gulung tapi tak pakai pun. Aku gunakan untuk tampal pada tv cabinet buatan sendiri. Meja kabinet warna putih tu pulak aku tampak dengan sticker bercorak kayu
Ini hasil tv wall cabinet buatan sendiri... Jadilah.. Puas hati dengan hasil sendiri. korang boleh la mencuba.
Lapu downlight tu pasang sendiri, lampu downlight jenis led 3 wat. Beli kat lelong.com,.my RM13 sebiji. Buat lubang pakai grill, guna mata grill yang sepatutnya digunakan untuk buat lubang kunci pintu. Ukuran dan kedudukan lampu tu awal-awal dah planning supaya tepat kena pada panel tv.
Planning akan datang pulak, nak pasang timber floolring. Tapi ada org kata jenis vinyl lg elok, jenis mcm tikar getah tapi tebal dan pasang satu2 sama macam timber flooring
So boleh la komen kat bawah. Nak tanya apa2 pun boleh, tapi lambat sikit balas sebab jarang tengok blog ni. Kalau trafik dah tinggi, iklan pun korang k1ik, boleh cari makan baru la rajin aku nak update blog ni. Selamat mencuba, Jimatkan Wang, Sihatkan Badan, Elakkan Pembaziran.
assalamualaikum, sy baru bercadang nak buat sendiri wall cabinet ni, tngah cari idea, jumpa blog tuan ni, dulu pernah baca article pasal cabinet dapur tu..tu pn dalam perancangan sy jugak utk DIY, terima kasih sebab share ilmu DIY tuan..sy nak tanya, berapa kos keseluruhan nak buat wall cabinet ni tuan? lg satu, tetulang tu saiz berapa? 2x1 ke? :-)
ReplyDeleteW.salam. Yup, tetulang tu semua guna kayu 2x1. Pastikan tetulang yang jenis dah diketam dan lurus. Nanti senget pulak panel tu.. Modal tak besar sgt pun. Plywood dlm RM80 rasanya, tetulang tu dlm RM10. Sticker lupa pulak harga dia... Sticker beli kat kedai jual solar film. Kalau susah nak cari, boleh pakai wallpaper jer..
ReplyDeleteKalau tak ada cabinet bawah tu pun tak apa, just buat wall panel lepastu buat rak kat wall untuk letak decoder. Pastikan lekat kat dinging dengan kuat sebab tak ada sokongan dari lantai.
waa thanks encik buat entry ni.. yana nak pindah rumah baru.. ngah cari gak idea2 DIY ni.. nak wat TV cabinet.. thank...!!!! nanti leh r tgk kat blog yana kalau dah siap.. skrg ngah bersih2kan rumah nak cat.. semua DIY je..
ReplyDeletehttp://lyana-adam.blogspot.com
good idea...
ReplyDeleteAssalam, encik dok.perdana villa.ke?
ReplyDeleteAssalam, encik dok.perdana villa.ke?
ReplyDeleteW.salam.. Ya, perdana villa
ReplyDeleteSalam En ...kretif dan innovatif...saya suka...memang nk buat dari dulu..masa yang takde..
ReplyDeleteKlu saya serius Encik blh buatkan utk rumah saya?
Salam En ...kretif dan innovatif...saya suka...memang nk buat dari dulu..masa yang takde..
ReplyDeleteKlu saya serius Encik blh buatkan utk rumah saya?
Salam En ...kretif dan innovatif...saya suka...memang nk buat dari dulu..masa yang takde..
ReplyDeleteKlu saya serius Encik blh buatkan utk rumah saya?
pm saya please...013356069
Salam En ...kretif dan innovatif...saya suka...memang nk buat dari dulu..masa yang takde..
ReplyDeleteKlu saya serius Encik blh buatkan utk rumah saya?
pm saya please...013356069
lampu apa sesuai untuk rumah dua tingkat kat bahagian tingkat bawah..sebab xnak buat plaster ceiling..tingkat bawah ceiling konkrit kan
ReplyDeletePakai lampu led yg melekat kat dinding...ad yg petak ad yg bulat..xyah tebuk..
DeleteSalam tuan. Sticker corak kayu n sticker plywood tu ade jual kt mne ye? Kedai hardware ke?
ReplyDeleteSalam tuan. Sticker corak kayu n sticker plywood tu ade jual kt mne ye? Kedai hardware ke?
ReplyDeleteSalam, saya ada business proposal untuk tuan. Blh wassup saya 017 543 4940. Ini bukan spam tau ..serious nih.
ReplyDeleteRajin tuan..alhamdulillah..dapat dikongsi prkara2 yg baik camni. Sebagai org llaki ni prkara2 camni spatutnya kita buat sendiri ja andai ada masa terluang...apatah lagi prabot brasaskan papan..rasanya xsesusah manapun kan. Cuma buat masani sy masih tercari2 kilang/suplier papan cantik spt tv panel/wall cabinet ataupun yg mcm dinding papan bcorak yg kbanyakkan dipasang dipejabat..harap ssiapa yg membaca dapat dikongsi bersama. Pd tuan blog ni..sy ucapkan tahniah & bertrima kasih atas perkongsian ilmu tuan..wslm.
ReplyDeleteRajin tuan..alhamdulillah..dapat dikongsi prkara2 yg baik camni. Sebagai org llaki ni prkara2 camni spatutnya kita buat sendiri ja andai ada masa terluang...apatah lagi prabot brasaskan papan..rasanya xsesusah manapun kan. Cuma buat masani sy masih tercari2 kilang/suplier papan cantik spt tv panel/wall cabinet ataupun yg mcm dinding papan bcorak yg kbanyakkan dipasang dipejabat..harap ssiapa yg membaca dapat dikongsi bersama. Pd tuan blog ni..sy ucapkan tahniah & bertrima kasih atas perkongsian ilmu tuan..wslm.
ReplyDeletesyarat rumah sebagai hunian dan tempat tinggal agar betah untuk tinggal adalah sebuah rumah haruslah nyaman , hal ini tak harus di isi dengan barang barang mewah saja namun juga dengan dekorasi sederhana dan penataan yang rapih .
ReplyDeleteuntuk memiliki persyaratan nyaman tersebut kita ambil contoh adalah dengan memberi dekorasi pada dinding rumah , agar terlihat unik dan lain daripada yang lain , anda bisa menambahkan panel dinding 3 dimensi yang akan menambah kesan artistik dan mewah , walaupun panel dinding dekoratif 3 dimensi itu sendiri harganya sangat terjangkau untuk masyarakat.
Pembuatan kitchen set minimalis
ReplyDeletePembuatan TV Cabinet
Kitchen Set Lemari Dapur Murah